Thursday 4 July 2013

alhamdulilah. hampir 7bulan =)

Alhamdulilah. Sabtu neh genap 7bulan aku membawa anugerah terindah neh. SubhanaAllah. Syukur ya Allah.  Perut aku pon makin membulat. Jantina masih samar. hehehe. Baby makin aktif. Perut aku sampai tertimbul. Bukan setakat hubby dapat tengok dan merasa malah adik adik aku pon yang agak excited dengan pengalaman neh. Almaklumlah,aku sulung & baby neh anak buah & cucu sulong. Masing-masing teruja. Adik bongsu aku yang banyak kali berpeluang tengok perut ku berombak. hehehe. Alhamdulilah. Cuma kadang-kadang bila kuat sangat tendangan dia sampai aku terjerit kecil & tergelak. Mak kata biasalah tuh. KIta cam terkejut. Yelah...macam smlm time tengah makan lamb chop tiba2 kuat dia tendang. Terkejut aku. Terdiam kejap. hehe. Dan sekarang makin kuat aku rasa dia bergerak dalam rahimku. Memang dapat rasa dia bergerak ke sana ke sini. Anakku...kamu sungguh comel & aktif. Mummy dan daddy tak sabar nk jumpa kamu. Kami berdoa Allah memanjangkan usia kamu,memberi kesihatan tubuh badan,sempurna sifat,menjadi anak soleh & solehah serta dipermudahkan urusan mummy untuk bersalin normal nanti. Aamiin100x.


Kalau boleh aku akan cuba rakam time baby gerak & nampak perut berombak tuh. Boleh share kat sini and bila mummy rindu moment tuh boleh tengok balik. SubhanaAllah. Memang pengalaman mengandung itu indah kan? =)

3 comments:

  1. aku tiap kali nk rakam tiap kali tu die senyap. tp bler xrakam kemain lagi berombak2.. tunggu 8 bulan setengah la.. hek2

    ReplyDelete
  2. rituh sempat rakam. alhamdulilah. best kan?

    ReplyDelete
  3. Best sgt. Tp ko pny lagi best dr ak. Terang n jelas baby tendang. Hehe

    ReplyDelete