Wednesday 21 August 2013

WHISHLIST

Okay. Aku tahu kedengaran agak cam tak patut aku beli romper neh tapi serious color dia sangat comel dan aku terfikir baby still takde baju untuk majlis aqiqah nanti. InshaAllah majlis akan berlangsung 7hari selepas kelahirannya. Masih dalam perancangan tapi rasa ada baiknya aku prepare awal-awal. Kebetulan hubby pon ada baju color hijau. Even tak sama stil adik beradik hijau gaklah. Kalau bagitahu hubby confirm dia tak kasi beli dengan harga camtuh. Oh,please...can't take my eyes off of you








Price : RM 125.00
Size dari newborn - 18month


Patut or tak patut? hurm...

masam masam manis ketika preggy

1.Sakit pinggang
Semakin hari rasa pinggang semakin sakit dan cam nak patah. hahaha. okay itu over tapi serious sakit pinggang

2.Sembelit
Alhamdulilah masalah sembelit dah kurang. Bila teringat time 2nd trimester lagi2 bulan puasa yang sembelit teruk tuh memang tak sanggup nak lalui lagi

3.Muntah
sekarang ada time dah start muntah balik. Sehari kalau tak muntah tak sah tapi baru lagi. Tak tahulah sbb penat sangat or angin ke. Nak urut tukang urut asik busy je. sigh~

4.Korek hidung
sejak preggy ada tabiat suka korek hidung. hahaha. Serious mesti ada yang geli kan? Tapi ak jadi suka nak korek hidung. Ish,xsenonoh betul ! erkk~

5.Rajin make up & bergaya
Jujurnya aku bukan jenis bermake up. Pakai bedak pon malas. Lepas pakai toner & moisturiser aku terus pakai tudung g kerja. *budget2 natural beauty.hahaha*. Awal2 alahan agak teruk so muka mmg cam hampeh gaklah tapi msk 2nd trimester jadi suka sangat make up. Hari-hari nak make up & bergaya. Mak pon perasan & gelakkan aku. hahaha. Hubby mestilah suka sbb aku xdelah nampak lesu je. Macam-macam kan? 

6.Terasa tulang temulang baby
Aku tak tak tahu aku yang over ke apa tapi jujur bila baby gerak dapat rasa tulang temulangnya. Alhamdulilah baby aktif. Sekarang bila dia bergerak aku kadang2 terjerit & muka berkerut-kerut menahan. Ada kadang2 sampai rasa tisu terkoyak. Pedih kat dalam. Susah nak terang tapi memang terasalah. Besarnya pengorbanan ibu. Harap anak menjadi anak yang soleh ya. Aamiin :)

Rasanya ada lagi macam2 pengalaman preggy yang masam masam manis. kalau igt aku akan update lagi ya :P

Tuesday 20 August 2013

Chaiyok2 mummy!another 6weeks to go~

Hari neh ada check up kat hospital pakar al islam kg baru.  Agak frust sbb xdpt buat appointment dgn Dr.Rosilawati.  Td dapat scan baby pon kejap je. Just 2D scan. Alhamdulilah semua okay. Kepala baby kt bawah. Berat 2.6kg. Ya Allah trkejut sangat. Ingatkan baby berat bwh 2kg tup tup agak besar juga.  Yela..org selalu igt perut kecik baby kecik and biasalah ada yang negatif boleh kata aku diet. Giler ke? Aku tak dietlah. Motif sangat. Tapi aku jaga permakanan. Makan makanan berkhasiat. Bukan manis berlemak. Lagi pon dh badan aku camneh kan? Alhamdulilah aku bersyukur sangat.

Mummy klu boleh nak bersalin nnti berat awak 2.5kg je tp baru 34weeks dh 2.6kg? Berdebar2 la. Harap sangat berat baby tak lebih 3kg. Tak faham btl mak2 yg bangga sangat anak dia berat time baru keluar. Klu pandai meneran takpelah. Kang banyak koyak kat situ. Euwww...seram okay. Lagi2 bila kena gunting. 

Yang penting skrg mummy dan baby sihat. Syukur Ya Allah.  Tak sbr nak jumpa baby. Skrg masih aktif berjalan tapi kaki cepat lenguh dan kadang2 cramp. Sakit blkg yang paling tak tahan.  Orang kata nk bersalin anak lelaki neh tenaga kena extra sikit. InshaAllah lps neh aku akan rajin buat exercise untuk kekalkan stamina. Chaiyok2 mummy! ♥

Friday 16 August 2013

checklist barang mummy & baby ke hospital

Salam semua, hari neh nak update checklist barang2 keperluan mummy & baby ke hospital. Barang baby dah siap pack tapi barang mummy satu pon belum. Hubby dah membebel. hihi. So, ada search beberapa checklist untuk memudahkan aku. Thanks Mr. Google ~

Barang baby
  1. Baju baby (3pasang)
  2. Mittens n booties (3 set)
  3. Topi (2 helai)
  4. Towel (1 helai)
  5. Towel muka (3 helai)
  6. Selimut (1 helai)
  7. Bedung (1 helai)
  8. Napkin (4 helai)
  9. Pin napkin
  10. Diapers (5 keping/ lebih)
  11. Barut (4 helai)
  12. Set mandian bayi
  13. Baby wipes
  14. Nappy cream
  15. Minyak yu yee/ minyak telon
  16. Changing mat
  17. Cotton ball


Barang mummy

  1. Kad lawatan hospital/Buku merah
  2. IC/Kad nikah
  3. Handphone/charger
  4. Kain batik (3 helai)
  5. T-shirt/ baju nursing (2 helai)
  6. Tudung express
  7. Stoking (2 pasang)
  8. Towel (1 helai)
  9. Sweater
  10. Set mandian(berus gigi,ubat gigi,sabun mandi,shampoo,sikat,deodarant)
  11. Getah rambut
  12. Pelembap bibir
  13. Tisu
  14. Selipar
  15. Maternity pad (1 pack)
  16. Panties (disposable lagi better)
  17. Nursing bra
  18. Nursing cream
  19. Breast pad
  20. Yassin
  21. Laundry bag
  22. Kamera & charger (Untuk tangkap gambar baby banyak- banyak)


Makanan

  1. Minuman/ makanan segera-Holick/Milo/Biskut/Kurma/Nestum
  2. Air zam zam/ selusuh
  3. Thermos air panas




Thursday 15 August 2013

Beratku dari awal kehamilan hingga 33weeks

Saje nak update perkembangan berat aku sepanjang hamil sampai minngu ke-33 neh :-

13 Feb 2013   51.4
13 Mac 2013   49.5
16 April 2013 49.7
22 Mei 2013   52.4
19 Jun 2013   53.4
01 Ogos 2013  54 
12 Ogos 2013  55.8

Rasanya tak banyak sangat beza kan? hihi Yang naik pon maybe berat baby. Mak aku kata muka & badan aku xcam orang pregnant pon. Perut je nampak membulat. hihihi Tapi alhamdulilah aku lega bila setiap kali check up semua okay. Itu yang penting. Mummy & baby sihat. Berat bukan ukuran seseorang itu sihat okay! 

Gambar raya ke-4. Siapa sangka aku pregnant 8bulan lebih ;)


Thanks baby sebab awak ramai puji mummy makin berseri-seri. Sebab awak setakat neh mummy alhamdulilah takde lagi stretchmarks, takde bengkak kaki, muka xsembab, masih aktif kesana kemari & yang best sebab awak mummy jadi rajin nak makan makanan berkhasiat. Moga awak & mummy sihat sentiasa. Aamiin. Lagi sebulan lebih je nak jumpa. Mummy cant wait!!!

Wednesday 14 August 2013

nama terindah buat anak

Assalamualaikum...rindu nak berblogger. Rs cam lama pulak tak update.hihi. Alhamdulilah hari neh aku dh masuk 33weeks 4days. So far check up semua okay. Berat pon bertambah dari 54kg ke 55.8kg. Hihi. Serious perut dh nmpk besar. Bulat comel. Tegang smpi nmpk urat Kahkahkah  Adoi. Perut dah nmpk turun sikit tapi belum engage lagi. Rindu nak tgk baby. InshaAllah next week mummy and daddy g scan ya sayang.muaahx!*cium baby*

Patutnya skrg kami dh ada beberapa list nama baby tp serious blur sgt bab2 nama anak neh. Mmg xde idea. Bg aku neh tanggungjawab yang amat besar dan berat. Nama tuh doa untuk anak kita. Dia akan bawa nama tuh sepanjang hayat dia dan aku nk dia suka akan nama dia. Aku sendiri amat suka nama aku dan maksud dia. Setakat neh aku suka kalau nama anak bermula dari huruf 'R'. InshaAllah baby, mummy akan cuba cari nama dan maksud yang baik buat kamu ya. Harap sangat dapat jumpa yang sesuai dan kamu sukakanya.

Seeloknya nama lelaki di depan letak Muhammad tapi rasa cam nak letak Adam kat nama depan baby. Kalau ada yang ada cadangan nama yang agak moden, sedap dan paling penting membawa maksud yang baik bolehlah share.

Thursday 1 August 2013

Mom & Baby Expo (12-14 July 2013)

Salam semua...mcm biasalah aku & hubby klu dengar sal expo agak excited sikit. Yelah...dengan harga yg berpatutan dan senang kita nak cari semua barang dlm satu tempat. Mula-mula xplan pon nk pergi sebab ikotkn alhamdulilah brg baby yg penting2 semua dh ada tp aku try gak pujuk hubby untuk cari brg aku cam breast pump, breast pad and maternity pillow.

So, hubby pon cam bg +ve feedback tp yg lawaknya kami xpergi hari yang dijanjikan,Sabtu. Pergi hari Ahad. Siap hari Sabtu tuh aku merajuk lagi. Semalamnya kemain ajak, alih2 dia boleh bantai tido seharian. Sape xsakit hati! hehehe. Alhamdulilah even xbeli byk brg tapi puas hati sebab aku dh dapat breast pump dengan harga berbaloi siap pakej lg dengan brg yang aku cari.

Time pergi tuh aku buatlah list sikit nak beli apa. Takdelah banyak pon.

  • Breast Pump Medela Swing
  • Nipple cream Medela purelan 100
  • Breast pads brand pigeon(byk review suggestkn brand neh)
  • Breast milk storage-xtahu nk beli bottle or plastik(time tuh target brand auntum sbb murah)
  • Maternity/nursing pillow
  • Pampers
  • Napkin & Nappy liner
  • baju 2 3 helai (dengan harapan B kasi :P)
  • clothes detergent-Pureen
Pergi-pergi je blur tak tahu nak terjah mana dulu. Dalam kepala asik teringat breast pads & breast pump. Kebetulan kami dah lalu depan Pigeon teruslah aku ke bahagian breast pads sekali terperasanlah pulak dia buat promo tuk set breast pump. Time tuh aku dah berbelah bahagi. Memang nak sangat brand Medela tapi set neh cam berbaloi. Lama juga fikir. Last-last kami decide nak jalan-jalan dulu. Agak sesak jugalah even kami dah sampai sana dalam pukul 11lbh. Ingatkan hari ahad dh kurang orang. Survey2 sampailah ke booth Medela. Terkejut juga time tuh sebab harga promo dia RM699 if xsilap. Untuk breast pump shj okay. Sigh~ Lepastuh ushya barang2 lain pulak.

Booth Pureen kami singgah untuk beli clothes detergent.Beli yang jenis Anti Bacterial Liquid Detergent with SoftenerThen terperasan pulak Liquid Cleanser(untuk cuci botol susu). Rasa cam penting je so kami pon beli jelah. Ada tiga flavour- No flavour,Orange & Mint. Tak ingat aku beli yang mana. hehehe. Pastu terperasan pulak maternity pads. Rasa cam penting juga. So, amik satu pek. hehehe. Then sempat pujuk hubby tuk beli baju baby. Hubby pon bg green light. So, dapatlah 2helai. hihi






Jalan-jalan lagi sampai terjumpa booth Diapex. Aku sebenarnya tak abis study lagi nak beli diapers apa untuk baby nanti. Dalam kepala dah set nak beli Mamypoko tapi ramai cakap mahal. Hubby kata try jelah mana tahu baby sesuai. So, kami beli 2pek Diapex Premium(konon2 kualiti hampir sama dgn mamy poko) size S. Dia xde untuk newborn. Lepastuh ternampak pulak maternity pads brand Intimate. Nak sample dah habis. So, ak beli jelah kebetulan berkenan sebab dia ada tali. Pernah terbaca kat mana ntah diorg kata kalau lps bersalin selalunya kita tak pakai underwear or kalau pakai pon yang jenis buruk & nak buang. Rasanya ada tali neh cam berguna je. Try jela :P



Booth Fiffy ada singgah juga untuk beli napkin & nappy liner. Hubby xbagi beli napkin. Dia tanya untuk apa. Aku jawablah bedung baby. Hehehe. Satu pek ada sepuluh tak silap. Ingat nak beli sikit je sebab nanti nak beli yang brand Anakku punya. Comel. Gambar mickey mouse tapi time tuh hubby pon cam dah bad mood malas aku nak pk. Main amik je yang kosong. Nappy linear pon dia cam xbg juga tapi aku yakinkan dia yang baby kadang2 poo poo sikit je so rugi kalau pakai kejap nak buang. Kalau letak nappy liner neh jimatlah sikit. Then aku curi2 beli mittens & booties baby :P

Dah puas jalan-jalan kami patah balik ke booth Pigeon & terus beli set promo tuh. Harga asal RM399 tp dia buat promo RM285 include :




  • Portable Breast Pump
  • Wide-neck breast milk storage bottle(4pcs/set)
  • Hand & mouth wipes (60's X 2)
  • Nipple care cream,50g
  • Breast pads (36pcs)
Berbaloi kan? Berbaloi sebab aku takyah beli breast milk storage lg.even 4pcs je kira okaylah tuh kot. Dapat pulak nipple cream & breast pads. Memang berbaloi. Hihihi. Cuma ada tambahan beli baby wipes untuk newborn and baju baby satu. wink ! wink ! ;)

so, conclusion apa aku dah beli mengikut list or tak moh la kita check :

  • Breast Pump Medela Swing -Brand pigeon
  • Nipple cream Medela purelan 100 -dapat free
  • Breast pads brand pigeon(byk review suggestkn brand neh) -dapat free
  • Breast milk storage-xtahu nk beli bottle or plastik(time tuh target brand auntum sbb murah)-dapat free
  • Maternity/nursing pillow
  • Pampers -diapex premium size s
  • Napkin & Nappy liner
  • baju 2 3 helai (dengan harapan B kasi :P)
  • clothes detergent-Pureen
Tambahan
  • Liquid cleanser -Pureen
  • Maternity pads - Pureen & Intimate
  • Baby wipes -Pigeon
  • Mittens & booties -Fiffy

Alhamdulilah syukur settle dah. Tinggal barang mandian,losyen & set berpantang aku je.