Monday 11 November 2013

pengalaman bersalin

Salam semua. Alhamdulilah dah selamat melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini. Bersyukur semua di permudahkan dan di percepatkan. *terima kasih Allah, terima kasih suami tercinta, terima mak (syg mak sgt2), terima kasih ayah, adik beradik, ibu mertua, ipar duai, rakan2 dan sedara mara* terima kasih atas sokongan dan atas ilmu yang byk membantu.


39minggu tepat pada hari Sabtu,21 sept. Time neh mmg rasa dh sarat sgt. Btl2 xlarat. Dalam hati bila nk bersalin neh. Sejak dr bukaan 1cm tuh ak rajin amalkan roti di sapukan planta dan cicah milo. Orang kata petua utk tenaga dan mudah bersalin  oleh kerana terlalu sarat dengan kaki bengkak. Emosi semakin xstabil. Perasaan nak beranak cepat membuak2. Ku gagahi ke sana kemari. Tak putus2 buat keeja umah.




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Allahuakhbar. Rasa nak menitis air mata mengingat kembali rahmat Allah yang memberi peluang untuk aku bersalin normal.*syukur*


Jujurnya alhamdulilah sepanjang mengandungkan Muhammad Qayl Rayyan aku memang takde sebarang masalah. Setakat alahan2 ibu mengandung tuh normal lah kan. Doc pon selalu cakap perkembangan baby baik & sihat. Dari awal doc kata inshaAllah awak boleh bersalin normal. hospital aku mmg amat mengalakkan ibu bersalin normal. Memang aku sentiasa berdoa Allah memudahkan,mempercepatkan urusan bersalin aku & berharap untuk bersalin normal. Aku nak rasa apa yang mak aku rasa. Kalau boleh aku taknak induce atau epidural. itu tekad aku dalam hati.




13 Sept

weekly check up. doc tanya ada rasa sakit tak? kebetulan aku ada 'make love' dengan hubby malam td or malam kelmarin aku dah lupa tapi sejak tuh rasa miss v aku seperti membengkak dan doc terus kata nak buat ve. Alhamdulilah bukaan dah 1cm. Aku benci buat ve. sakitnya macam tak patut betul nak tahu bukaan dimasukkan jari mcmtuh.arghhh. rasa serik pulak dan taubat nak buat ve. last check up ada bg tahu doc berharap juga kalau dapat bersalin 14sept. so,boleh sama birthday dengan abah(ayah faqhtee). doc suruh balik rumah. Katanya anak sulung selalu lambat. kalau ada tanda turun darah or pecah air ketuban segera datang hospital. Dalam hati neh berharaplah aku akan bersalin esok


14 sept

malangnya non ado. hahaha. perasaan hampa + kuciwa


15sept-19sept

Jujurnya makin lama kepala otak aku asik fikir bila nk bersalin neh? ish,lama betul dah seminggu takde tanda. Setakat tanda miss v cam kembang dan kaki bengkak je. Geram pulak. kerja asik google & sibuk tanya orang apa tanda2 diorang nak dekat bersalin. Rupanya ada yang bukaan 1cm tapi 2weeks lpstuh bru bersalin. Ya Allah..lambatnya, Aku neh bukanlah menyabar orangnya. memang dah terasa penatnya + tak sabar sangat2 nak jumpa buah hati neh.


19sept

aku teman mak berurut dekat semenyih. Sambil menyelam minum air. Aku pon berurut juga tapi berurut susu . makcik tuh urut kat belakang, bahagian breast & paha sikit. Perut pon just usik2 mcm tuh je. Balik tuh dah lewat malam. Aku siap makan best-best lagi before balik sedangkan hubby aku duk tunggu dengan perut lapar. Astafirullah al azim. Sampai rumah sewa aku dalam pukul 12camtuh.Hubby jemput kat pagar luar. hubby kata dia cam nak demam dan esoknya hubby demam teruk. aku tengok dia sampai tak boleh bangun. badan panas giler. Mak suruh dia pergi hospital tapi hubby aku neh penakut nak g hospital jadi dia tido je sepanjang hari.


20sept.

Demam dia kejap okay kejap tak okay. Aku siap beli air kelapa & 100plus sebab mak syak hubby kena denggi.Still degil gak nak pergi hospital. Katanya nak sihat dah. Badan dia mula naik merah2. aku cakap dengan dia, kalau tak sayangkan diri. fikirkanlah tentang i & anak kita. Kalau berjangkit macam mana? kalau i bersalin time cmneh cmner? kalau you takboleh masuk labour room time i bersalin cmner? baik i bersalin gov je cmtuh. then esok dia cm setuju nak jumpa doc

21 Sept.
tak ingat pukul berapa tapi aku ajak hubby ke hospital & dia setuju. Kami pon ke hospital pakar Al islam sebab aku fikir kalau hubby kena admit. Then kebetulan aku nak bersalin. Jadi,selamatlah sebab dia dah ada kat hospital tuh. Jadi kami pon segeralah ke sana. Sampai2 sana kira 1st timelah hubby nak guna medical card dia tapi rupanya takboleh. dia kena dapatkan surat dari klinik untuk refer hospital baru boleh pakai card tuh. ler? Then tunggu sampai no.giliran sampai. Dah masuk tuh doc perempuan yang sangat bijak tuh kata demam tinggi tapi bukan denggi. Demam biasa pon memang kadang2 rasa lenguh badan.bla..bla..bla..(mengarut). aku suh doc buat ujian darah sebab takut denggi. dia boleh cakap tunggu selepas 3hari baru boleh buat ujian darah. eeei..cam apa je.menyampah. Bbalik hampa + risau. Aku dapat rasa hubby kena denggi sbb aku dah google dah.


22 sept

hubby dah rasa sihat. 
Nak jadikan ceritakan, aku nampak kat fb ustaz azhar idrus kata orang kita benci hari isnin sedangkan isnin tuh hari lahir nabi. Aku pon cepat2lah berdoa, Moga2 anak aku keluar esok. Dalam masa sama teringat zimie pernah bagitahu dia cuci toilet sehari sebelum bersalin. Memang berkesan. rituh aku dah try tp bukan cuci menyangkung. So, kali neh aku nak cuci sambil jalan itik. penat? memang penat tapi percayalah. dah masuk bulan 9 nanti korang akan fikir nak berslain cepat je. hehehe.


sepanjang minggu tuh juga aku tak berhenti buat kerja2 rumah. aku menyapu dalam umah,kat atas,kat luar, mop lantai satu rumah, masak, basuh baju (pakai mesin.hehe),naik turun tangga rumah, ikot mak aku pergi sana sini dan siap ada ikot hubby pergi kerja lagi sebab bosan sangat. hahaha. Memang agak melampau cara aku paksa diri. Tak sangka aku sanggup buat sampai camtuh sekali.



sebabkan tak sabar sangat nak bersalin cepat. Teringat pernah im dengan Zimie dan dia pon cuba petua cuci toilet dalam keadaan cangkung dan alhamdulilah esoknya dia bersalin. aku pon nekad cuci toilet juga hari tuh. hahaha



23sept

5am- Bangun pagi ada brown spot kat katil and time kencing. Relax lagi. Lepas solat apa semua baring kejap sebab perut pon dah rasa senak sangat.Sempat juga google blog lain yang ada pengalaman sama. Text mak bagitahu pagi tadi ada keluar darah. Mak suruh ke hospital & aku pujuk hubby ke hospital sambil check demam. Rasanya mmg confirm demam denggi. Badan dia pon ada bintik-bintik merah


11pagi - Hospital Al Islam

             Hubby jumpa doc untuk check darah
             Aku masih takut-takut nak jumpa doc. Tak sanggup kena seluk tapi mak dah                      bising sebab anak 1st. risau.so, naiklah tingkat 1 untuk check up and mmg doc                  buat VE .Doc cakap bukaan dah 2cm. admit petang neh. Arghhhh...serious?



admit pukul 2pm

tapi sebab habis check up awal kami pon bercadang nak pergi makan dulu. makan dekat menara depan petronas kampung baru. time neh tak rasa sakit lagi. cuma sakit biasa-biasa perut mengeras tuh ada. nurse call tanya kat mana sebab nak admit. cakap masuk lewat sikit sebab nak makan. husband taknak admit. dia mmg positif denggi. doc pon cakap ubat dia masuk air je. so husband aku taknak. time neh ak dah risau. kalau husband demam siapa nak teman aku dalam labour room nanti :'(


4pm
dalam asar macamtuh dah start contraction and sangat kerap. serious time neh aku dah tak boleh gelak-gelak macam tadi. aku try positifkan diri tapi Ya Allah sakit sangat. duduk tak kena. berdiri tak kena. aku mundar mandir macam cacing kepanasan. serious tak selesa, sakit yang amat. kebanyyakn masa aku duduk dalam bilik air. entah kenapa rasa selesa sangat kalau dapat duduk kat mangkuk tandas tuh. hahahahaha. tapi sebab risau takut terteran aku gagahkan diri berjalan-jalan untuk mudahkan bersalin.

8pm
doc kata lpsneh awak boleh masuk labour room./ nurse bagi ubat masuk kat bontot. lepastu perut memulas tak tahan nak membuang. cepat-cepat ke toilet. lega.
masuk labour room doc & nurse cam pujuk-pujuk suruh amik epidural. aku dah nekad taknak ambil. banyak kali nurse tanya dan akhirnya aku mengalah. 2x kali kena cucuk sebab doc fara tuh tersalah masuk. tak tahu nak kata sakit ke tak sebab sakit contraction lagi teruk. Malang juga nasib aku sebab even dah ambil epidural aku masih rasa sakit tuh & yang paling tahan tak lama lps tuh mmg aku rasa nak teran sangat. nurse marah tak bagi. dia check masih 8cm. dia kata tak boleh teran. jangan teran tapi serious rasa baby nk keluar sangat-sangat. memang kelam kabut la suasana dalam tuh. aku duk mengerang kesakitan. Ya Allah memamg syurga itu di bawah tapak kaki ibu. terlalu besar pengorbanan. Aku sampai ingat kalau aku mati neh macam mana la. xready rasanya. hahaha. banyak kali minta ampun kat suami nangis-nangis. mulut pon tak putus baca surah yunus. 

10pm
dc rossilawati datang untuk chevk bukaan. alhamdulilah 10cm. doc suruh ready nak push. aku memang tak sabar sangat-sangat. lepastuh boleh dengar pulak bilik sebelah terjerit-jerit. cuak aku.serious semangat nak push ada tapi susah betul nak keluarkan baby aku tuh. ada dalam 4kali juga kot aku teran and .......


10:29pm
seorang baby boy selamat di lahirkan :) alhamdulilah. nurse tanya baby boy or girl. aku cakap boy lepastuh dia terus bawa baby aku :'(

tak lama lepastuh terasa ada menda turun. sedap sangat. macam tup je, hehehe, uri keluar. rasa sedap sangat. lega. perut kosong. sedap & selesa :)


tak ingat berapa lama lepastuh doc jahit . menjerit-jerit aku menahan sakit :'(


12pm
aku bengang sangat time neh sebab tak tahu nape lama giler aku duduk dalam bilik nih dengan sejuk nak mampos. lepastuh nurse paksa suami aku balik sebab dah habis masa melawat. teruk betul ! baby pulak tak sampai. Ya Allah sedih sangat. Aku sampai tertidur sebab pening & penat. Lepas masuk bilik aku kena tukar pakaian semua. Serious time neh kepala aku pening giler. nak pijak lantai pon rasa nak jatuh. rehat tapi mata aku asyik terbuka sebab tercari-cari baby. Ya Allah mana baby aku neh. ada masalah ke apa? berdebar-debar tunggu. text hubby tapi tak reply. mungkin dah tido kot :'(


4am-nurse datang bawa