Wednesday 5 June 2013

Jenis Puting





Anda perlu tahu apa jenis puting payudara anda miliki sebelum bayi anda dilahirkan bagi yang merancang untuk menyusu anak sepenuh masa. Wanita mempunyai pelbagai variasi puting payudara. Variasi payudara adalah seperti puting kecil (small nipple), puting besar (large nipple) atau puting panjang(long nipple) terutamanya, puting susu leper (flat) atau puting songsang (inverted nipple).

Tiada sedikitpun atau tiada rawatan yang khusus bagi kebanyakan kes variasi payudara wanita. Anda perlu fikir bahawa bayi anda "breastfeed", hisap susu dan bukan "nipplefeed", hisap puting. Puting leper mahupun puting songsang tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya bayi anda boleh menyusu dengan baik sepenuhnya pada payudara anda. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah puting payudara memang menyukarkan bayi untuk lekap padanya, dan kadang-kadang mambawa kepada saranan untuk meluangkan masa dalam rawatan untuk memudahkan bayi manyusu bagi wanita memiliki puting payudara yang leper atau songsang.

Anda boleh tentukan sama ada ia atau tidak, puting payudara anda leper atau songsang dengan cara: Tekan areola payudara anda dengan lembut sekitar tiga sentimeter di belakang puting payudara anda. Puting yang normal akan "evert" atau tertonjol, sebaliknya puting songsang akan "invert" atau kembali ke asal.

Anda boleh menggunakan nipple formers (bukan nipple shields)- untuk mencuba menarik keluar puting payudara sekiranya puting payudara anda leper atau songsang. Nipple Formers yang dikenakan di dalam bra yang saiznya lebih besar dari biasa untuk sediakan ruang bagi formers "pembentuk". Nipple Formers boleh terus digunakan semasa mangandung atau selepas bersalin. Dapatkan nasihat pakar laktasi anda jika anda rasakan bahawa anda memiliki puting leper atau songsang.



No comments:

Post a Comment