Wednesday 14 August 2013

nama terindah buat anak

Assalamualaikum...rindu nak berblogger. Rs cam lama pulak tak update.hihi. Alhamdulilah hari neh aku dh masuk 33weeks 4days. So far check up semua okay. Berat pon bertambah dari 54kg ke 55.8kg. Hihi. Serious perut dh nmpk besar. Bulat comel. Tegang smpi nmpk urat Kahkahkah  Adoi. Perut dah nmpk turun sikit tapi belum engage lagi. Rindu nak tgk baby. InshaAllah next week mummy and daddy g scan ya sayang.muaahx!*cium baby*

Patutnya skrg kami dh ada beberapa list nama baby tp serious blur sgt bab2 nama anak neh. Mmg xde idea. Bg aku neh tanggungjawab yang amat besar dan berat. Nama tuh doa untuk anak kita. Dia akan bawa nama tuh sepanjang hayat dia dan aku nk dia suka akan nama dia. Aku sendiri amat suka nama aku dan maksud dia. Setakat neh aku suka kalau nama anak bermula dari huruf 'R'. InshaAllah baby, mummy akan cuba cari nama dan maksud yang baik buat kamu ya. Harap sangat dapat jumpa yang sesuai dan kamu sukakanya.

Seeloknya nama lelaki di depan letak Muhammad tapi rasa cam nak letak Adam kat nama depan baby. Kalau ada yang ada cadangan nama yang agak moden, sedap dan paling penting membawa maksud yang baik bolehlah share.

No comments:

Post a Comment