Monday 10 June 2013

makanan berkhasiat

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulilah kandungan Fatin dah pon mencecah 6bulan. So far semua okay. Kalau teringat waktu alahan dulu cam xsangka sekarang dah berjaya lepasi tahap tuh. Syukur. Hari ini nak kongsi makanan berkhasiat untuk ibu mengandung.

Kalau korang nak tahu even dan 6 bulan tapi badan ak still maintain lg. huhuhu Berat mmg ada bertambah tapi takdelah mendadak.  Mula-mula risau juga tp doc kata ak sihat dan baby sihat. Perkembangan baby pon okay. Alhamdulilah syukur sangat. Memang tiap kali check up ak mmg takde masalah. Check up pon kejap je dan baby ak pon aktif xkira siang atau malam :)

Antara permakanan sihat dan berkhasiat yang menjadi amalan ak adalah

1.Madu
Satu sudu satu hari. Sama ada campur dengan air suam atau dlm buah buahan.  Ak xmakan byk pon satu sudu sehari. Org kata madu panas. Jadi risau juga kalau makan lebih2.

2.Buah-buahan
Alhamdulilah ak mmg suka sgt makan buah. Setakat neh kesukaan ak buah tembikai, pisang, avocado, jambu batu, delima, strawberry dan kiwi. Nyum3x

3.Susu
Awal2 dulu rajin sangat amalkan susu. Then tiba2 stop sebab rs loya.  Minum susu HL or anlene kotak tapi tuh pon jarang dan start jumaat lps hubby paksa gak minum. Hari2 dia buatkan dan wajib ak habiskan. Sob sob sob.  So, skrg tekak ak cam boleh terima susu balik. Syukur. Susu penting kot untuk kalsium baby and mumny.

4.Kurma
Sebenarnya sebelum pregnant lg ak amalkan kurma sbb mak ak suka giler kurma. Stok kt uma neh mmg xputus. Jadi ak akan amalkan waktu pagi sebiji or 3 biji. Kadang2 malam pon ak makan juga. Tengok pada kerajinan tapi atleast sehari akan makan satu.

5.Tempe
Tempe neh elok untuk otak & kulit baby kalau xsilap. memang febret ak pon. So,makan jela.

Macam nasi alhamdulilah dari awal pregnant ak mmg suka. Kalau tak makan rasa lembik. Makan macam biasa 2 or 3x sehari. Memang takde skip. Ambil lauk cam biasa. *ak pon bukan jenis makan banyak* sayur menu wajib k ! :) kalau xde selera pon akan makan sikit. Nasi,kicap & telur pon jadilah.

Neh antara amalan dari awal pregnant sampai skrg. Ak berusaha yang terbaik untuk baby. InshaAllah. Taknaklah makan ikot nafsu dan langsung tak memberi khasiat untuk baby dan mummy, kan? Lagi pon bersyukur walau pon selera makan ak xbesar cam ibu-ibu pregnant lain. Ia memang membantu ak untuk mencari makanan berkhasiat sebagai ganti. Bab-bab mengidam pon tak pernah membebankan suami. Yang ak selalu mengidam pon buah jambu batu. Hihihi. Syukur. Moga Allah permudahkan urusan ak selama mengandungkan baby ini. Aamin

No comments:

Post a Comment