Friday 21 June 2013

coretan jumaat

Salam jumaat...
Fuh, lately memang agak busy. Alhamdulilah company dapat projek sekolah kat mersing =) syukur yang amat. Hubby super busy dengan nak handle 2projek. Satu lagi projek swasta. Biasalah 3bulan pertama memang agak penat. Kena pantau itu ini. Aku pon turut busy dengan gaji & inbois kena siapkan b4 7hb, advance 20hb, kastam b4 28hb & gaji staff 26hb. Fuh3x. Siapkan bond lagi. Ke hulu ke hilir la jawabnya. Tuh tak masuk lagi dengan beli uniform. Haiyooo.. aktif pulak mak buyung sekarang ya . Alhamdulilah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami. Aamin.


Tapi lately memang aku kurang tido. Senang terjaga. Syukur juga sbb positive side dia, aku akan terjaga & buat beberapa solat sunat. Hati runsing. Itu jelah ubatnya. Aku cuba ikhtiar. Ustaz pon dah pesan time mengandunglah kena rajin2 buat amal ibadat supaya mudah bersalin & inshaAllah anak yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh solehah. Jujurnya aku bukan rajin sangat. Mengaji pon xde. Syukur juga ayah pggl ustaz datang rumah 3x seminggu. Kalau nak harap aku mmg taklah.



Bulan puasa pon makin hampir. Harapan aku nak puasa penuh & xmo miss terawih. InshaAllah. Harap2 dipermudahkan. Aamin. Itu je coretan hari ini. hehehe. Moga aku & hubby terus berusaha yang terbaik untuk rumahtangga kami & untuk menjaga amanah Allah yang sangat berharga iaitu our little baby . love us <3 xoxo


Last but not least, ini petua mudah bersalin. *korek dr fb*


1. Ambil 4 biji buah kurma. Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji

2. Kemudian, buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


*Ayuhlah kita amalkan ya. Aku memang suka sangat minum jus kurma. Dulu hubby rajin buatkan. Ambil 5 or 7 biji kurma. Buang biji & blend dengan susu dutch lady. So nyummy okay. I'm loving it. Selamat beramal =)

1 comment:

  1. Aku kena buat ni.xtaula knp ak xley msk ngn kurma.kurma nabi je ak lalu. Bukn senang nk dpt.. sob2

    ReplyDelete