Assalamualaikum...
lama tak update blog
alhamdulilah kandungan dah masuk 14weeks hari nih
fuh, berdebar kot nak abis 1st trimester even anak nak masuk 2
alhamdulilah scan semua okay. baby sihat
alhamdulilah syukur
alahan pon alhamdulilah dah kurang banyak
sebelum neh kalau makan je muntah. makan je muntah
kali nih cuma loya2 je and pening serta sakit kepala
perut selalu rasa kejang
tak tahulah kalau ada kaitan dengan breastfeed sbb aku still susah nak wean off susu dengan Abang Qayl ='(
and serious breastfeed journey aku mcm jadi stress
sebab qayl nyusu kuat & sakit
lps tuh aku cam penat & rimas
tak baik aku cakap cmneh tapi jujur ak penat sangat ='(
pregnant kali nih banyak juga beza dengan time pregnantkan Qayl
pregnant kali neh jadi pemalas yang amat
tak suka keluar
suka duduk rumah
lunch pon suka makan kat office
mandi sekali sehari je ;P
suka baring & tidur
cam time qayl takde selera makan tp suka sangat buah-buahan
tp kali nih makan takde selera tapi buah pon kurang
cuma suka nasi lemak & paksa juga makan even selalu muntah
sbb kalau tak makan masuk angin & aku takley tdo nanti
abis sakit satu badan
pregnant kali nih pon perut jd sensitif sangat
mudah kembung, masuk angin & senang kena berry2
actually tak banyak aku nak update
mood takde
penat je rasa
moody
stress
doakan semoga bayi ke 2 kami membesar dengan sihat & sempurna. amin
Thursday, 5 March 2015
Tuesday, 23 December 2014
Monday, 11 November 2013
pengalaman bersalin
Salam semua. Alhamdulilah dah selamat melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini. Bersyukur semua di permudahkan dan di percepatkan. *terima kasih Allah, terima kasih suami tercinta, terima mak (syg mak sgt2), terima kasih ayah, adik beradik, ibu mertua, ipar duai, rakan2 dan sedara mara* terima kasih atas sokongan dan atas ilmu yang byk membantu.
39minggu tepat pada hari Sabtu,21 sept. Time neh mmg rasa dh sarat sgt. Btl2 xlarat. Dalam hati bila nk bersalin neh. Sejak dr bukaan 1cm tuh ak rajin amalkan roti di sapukan planta dan cicah milo. Orang kata petua utk tenaga dan mudah bersalin oleh kerana terlalu sarat dengan kaki bengkak. Emosi semakin xstabil. Perasaan nak beranak cepat membuak2. Ku gagahi ke sana kemari. Tak putus2 buat keeja umah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Allahuakhbar. Rasa nak menitis air mata mengingat kembali rahmat Allah yang memberi peluang untuk aku bersalin normal.*syukur*
Jujurnya alhamdulilah sepanjang mengandungkan Muhammad Qayl Rayyan aku memang takde sebarang masalah. Setakat alahan2 ibu mengandung tuh normal lah kan. Doc pon selalu cakap perkembangan baby baik & sihat. Dari awal doc kata inshaAllah awak boleh bersalin normal. hospital aku mmg amat mengalakkan ibu bersalin normal. Memang aku sentiasa berdoa Allah memudahkan,mempercepatkan urusan bersalin aku & berharap untuk bersalin normal. Aku nak rasa apa yang mak aku rasa. Kalau boleh aku taknak induce atau epidural. itu tekad aku dalam hati.
13 Sept
weekly check up. doc tanya ada rasa sakit tak? kebetulan aku ada 'make love' dengan hubby malam td or malam kelmarin aku dah lupa tapi sejak tuh rasa miss v aku seperti membengkak dan doc terus kata nak buat ve. Alhamdulilah bukaan dah 1cm. Aku benci buat ve. sakitnya macam tak patut betul nak tahu bukaan dimasukkan jari mcmtuh.arghhh. rasa serik pulak dan taubat nak buat ve. last check up ada bg tahu doc berharap juga kalau dapat bersalin 14sept. so,boleh sama birthday dengan abah(ayah faqhtee). doc suruh balik rumah. Katanya anak sulung selalu lambat. kalau ada tanda turun darah or pecah air ketuban segera datang hospital. Dalam hati neh berharaplah aku akan bersalin esok
14 sept
malangnya non ado. hahaha. perasaan hampa + kuciwa
15sept-19sept
Jujurnya makin lama kepala otak aku asik fikir bila nk bersalin neh? ish,lama betul dah seminggu takde tanda. Setakat tanda miss v cam kembang dan kaki bengkak je. Geram pulak. kerja asik google & sibuk tanya orang apa tanda2 diorang nak dekat bersalin. Rupanya ada yang bukaan 1cm tapi 2weeks lpstuh bru bersalin. Ya Allah..lambatnya, Aku neh bukanlah menyabar orangnya. memang dah terasa penatnya + tak sabar sangat2 nak jumpa buah hati neh.
19sept
aku teman mak berurut dekat semenyih. Sambil menyelam minum air. Aku pon berurut juga tapi berurut susu . makcik tuh urut kat belakang, bahagian breast & paha sikit. Perut pon just usik2 mcm tuh je. Balik tuh dah lewat malam. Aku siap makan best-best lagi before balik sedangkan hubby aku duk tunggu dengan perut lapar. Astafirullah al azim. Sampai rumah sewa aku dalam pukul 12camtuh.Hubby jemput kat pagar luar. hubby kata dia cam nak demam dan esoknya hubby demam teruk. aku tengok dia sampai tak boleh bangun. badan panas giler. Mak suruh dia pergi hospital tapi hubby aku neh penakut nak g hospital jadi dia tido je sepanjang hari.
20sept.
Demam dia kejap okay kejap tak okay. Aku siap beli air kelapa & 100plus sebab mak syak hubby kena denggi.Still degil gak nak pergi hospital. Katanya nak sihat dah. Badan dia mula naik merah2. aku cakap dengan dia, kalau tak sayangkan diri. fikirkanlah tentang i & anak kita. Kalau berjangkit macam mana? kalau i bersalin time cmneh cmner? kalau you takboleh masuk labour room time i bersalin cmner? baik i bersalin gov je cmtuh. then esok dia cm setuju nak jumpa doc
21 Sept.
tak ingat pukul berapa tapi aku ajak hubby ke hospital & dia setuju. Kami pon ke hospital pakar Al islam sebab aku fikir kalau hubby kena admit. Then kebetulan aku nak bersalin. Jadi,selamatlah sebab dia dah ada kat hospital tuh. Jadi kami pon segeralah ke sana. Sampai2 sana kira 1st timelah hubby nak guna medical card dia tapi rupanya takboleh. dia kena dapatkan surat dari klinik untuk refer hospital baru boleh pakai card tuh. ler? Then tunggu sampai no.giliran sampai. Dah masuk tuh doc perempuan yang sangat bijak tuh kata demam tinggi tapi bukan denggi. Demam biasa pon memang kadang2 rasa lenguh badan.bla..bla..bla..(mengarut). aku suh doc buat ujian darah sebab takut denggi. dia boleh cakap tunggu selepas 3hari baru boleh buat ujian darah. eeei..cam apa je.menyampah. Bbalik hampa + risau. Aku dapat rasa hubby kena denggi sbb aku dah google dah.
22 sept
hubby dah rasa sihat.
Nak jadikan ceritakan, aku nampak kat fb ustaz azhar idrus kata orang kita benci hari isnin sedangkan isnin tuh hari lahir nabi. Aku pon cepat2lah berdoa, Moga2 anak aku keluar esok. Dalam masa sama teringat zimie pernah bagitahu dia cuci toilet sehari sebelum bersalin. Memang berkesan. rituh aku dah try tp bukan cuci menyangkung. So, kali neh aku nak cuci sambil jalan itik. penat? memang penat tapi percayalah. dah masuk bulan 9 nanti korang akan fikir nak berslain cepat je. hehehe.
sepanjang minggu tuh juga aku tak berhenti buat kerja2 rumah. aku menyapu dalam umah,kat atas,kat luar, mop lantai satu rumah, masak, basuh baju (pakai mesin.hehe),naik turun tangga rumah, ikot mak aku pergi sana sini dan siap ada ikot hubby pergi kerja lagi sebab bosan sangat. hahaha. Memang agak melampau cara aku paksa diri. Tak sangka aku sanggup buat sampai camtuh sekali.
sebabkan tak sabar sangat nak bersalin cepat. Teringat pernah im dengan Zimie dan dia pon cuba petua cuci toilet dalam keadaan cangkung dan alhamdulilah esoknya dia bersalin. aku pon nekad cuci toilet juga hari tuh. hahaha
23sept
5am- Bangun pagi ada brown spot kat katil and time kencing. Relax lagi. Lepas solat apa semua baring kejap sebab perut pon dah rasa senak sangat.Sempat juga google blog lain yang ada pengalaman sama. Text mak bagitahu pagi tadi ada keluar darah. Mak suruh ke hospital & aku pujuk hubby ke hospital sambil check demam. Rasanya mmg confirm demam denggi. Badan dia pon ada bintik-bintik merah
11pagi - Hospital Al Islam
Hubby jumpa doc untuk check darah
Aku masih takut-takut nak jumpa doc. Tak sanggup kena seluk tapi mak dah bising sebab anak 1st. risau.so, naiklah tingkat 1 untuk check up and mmg doc buat VE .Doc cakap bukaan dah 2cm. admit petang neh. Arghhhh...serious?
admit pukul 2pm
tapi sebab habis check up awal kami pon bercadang nak pergi makan dulu. makan dekat menara depan petronas kampung baru. time neh tak rasa sakit lagi. cuma sakit biasa-biasa perut mengeras tuh ada. nurse call tanya kat mana sebab nak admit. cakap masuk lewat sikit sebab nak makan. husband taknak admit. dia mmg positif denggi. doc pon cakap ubat dia masuk air je. so husband aku taknak. time neh ak dah risau. kalau husband demam siapa nak teman aku dalam labour room nanti :'(
4pm
dalam asar macamtuh dah start contraction and sangat kerap. serious time neh aku dah tak boleh gelak-gelak macam tadi. aku try positifkan diri tapi Ya Allah sakit sangat. duduk tak kena. berdiri tak kena. aku mundar mandir macam cacing kepanasan. serious tak selesa, sakit yang amat. kebanyyakn masa aku duduk dalam bilik air. entah kenapa rasa selesa sangat kalau dapat duduk kat mangkuk tandas tuh. hahahahaha. tapi sebab risau takut terteran aku gagahkan diri berjalan-jalan untuk mudahkan bersalin.
8pm
doc kata lpsneh awak boleh masuk labour room./ nurse bagi ubat masuk kat bontot. lepastu perut memulas tak tahan nak membuang. cepat-cepat ke toilet. lega.
masuk labour room doc & nurse cam pujuk-pujuk suruh amik epidural. aku dah nekad taknak ambil. banyak kali nurse tanya dan akhirnya aku mengalah. 2x kali kena cucuk sebab doc fara tuh tersalah masuk. tak tahu nak kata sakit ke tak sebab sakit contraction lagi teruk. Malang juga nasib aku sebab even dah ambil epidural aku masih rasa sakit tuh & yang paling tahan tak lama lps tuh mmg aku rasa nak teran sangat. nurse marah tak bagi. dia check masih 8cm. dia kata tak boleh teran. jangan teran tapi serious rasa baby nk keluar sangat-sangat. memang kelam kabut la suasana dalam tuh. aku duk mengerang kesakitan. Ya Allah memamg syurga itu di bawah tapak kaki ibu. terlalu besar pengorbanan. Aku sampai ingat kalau aku mati neh macam mana la. xready rasanya. hahaha. banyak kali minta ampun kat suami nangis-nangis. mulut pon tak putus baca surah yunus.
10pm
dc rossilawati datang untuk chevk bukaan. alhamdulilah 10cm. doc suruh ready nak push. aku memang tak sabar sangat-sangat. lepastuh boleh dengar pulak bilik sebelah terjerit-jerit. cuak aku.serious semangat nak push ada tapi susah betul nak keluarkan baby aku tuh. ada dalam 4kali juga kot aku teran and .......
10:29pm
seorang baby boy selamat di lahirkan :) alhamdulilah. nurse tanya baby boy or girl. aku cakap boy lepastuh dia terus bawa baby aku :'(
tak lama lepastuh terasa ada menda turun. sedap sangat. macam tup je, hehehe, uri keluar. rasa sedap sangat. lega. perut kosong. sedap & selesa :)
tak ingat berapa lama lepastuh doc jahit . menjerit-jerit aku menahan sakit :'(
12pm
aku bengang sangat time neh sebab tak tahu nape lama giler aku duduk dalam bilik nih dengan sejuk nak mampos. lepastuh nurse paksa suami aku balik sebab dah habis masa melawat. teruk betul ! baby pulak tak sampai. Ya Allah sedih sangat. Aku sampai tertidur sebab pening & penat. Lepas masuk bilik aku kena tukar pakaian semua. Serious time neh kepala aku pening giler. nak pijak lantai pon rasa nak jatuh. rehat tapi mata aku asyik terbuka sebab tercari-cari baby. Ya Allah mana baby aku neh. ada masalah ke apa? berdebar-debar tunggu. text hubby tapi tak reply. mungkin dah tido kot :'(
4am-nurse datang bawa
4am-nurse datang bawa
Wednesday, 4 September 2013
dobi mendobi & persiapan ke hospital
Lama tak update blog. Banyak juga yang aku lupa. Adoi..sayangnya kalau semua tak dapat di catat di sini. baik buruk gembira sedih kalau boleh aku nak taip semua dalam blog. Aku takmo lupa semua kenangan tuh. Hari neh ada sedikit masa aku curi2 untuk update sal dobi mendobi
32weeks-dobi mendobi
kalau tak silap seminggu before raya kami sibuk mendobi pakaian baby. hehe. Orang lain sibuk buat persiapan raya kau sibuk mendobi ya Pn.Fatin. best sangat sebab hubby tolong cucikan baju baby. Aku & adik bongsu tukang jemur. hahaha. Air tangan daddy tuh baby baju-baju awak nak pakai nnti.
kebetulan kami baru pindah masuk ke rumah sewa. jadi dobi kat umah kami la :) Guna tangan je sebab mesin basuh xde lagi.
17ogos-majlis solat hajat dan doa selamat
Then seminggu lepas raya kami buat doa selamat & kenduri kecil-kecilan. Jemput family,saudara mara,rakan2 yang rapat & terdekat serta orang surau. Buat solat hajat sekali. Sempena masuk rumah baru. Malam tuh baru pertama kali kami tido di rumah sendiri. Tdo atas toto. hehehe. Malam yang takkan dilupakan. Seronok juga <3
3sept-packing beg mummy !
Actually barang baby dah lama packing. Lupa pulak bila tp semalam lepas rasa sakit-sakit & instinct konon akan bersalin awal jadi ku gagahi jua packing beg aku. Puas hubby bebel,dh sakit baru reti bahasa :P hehehe
4sept-baby dah matang
Actually aku kurang faham apa maksud doc baby dh matang tapi agak sengal sebab xtanya. Bagi tahu dengan doc harap2 baby keluar 14hb. Then doc kata inshaAllah,berdoa mohon pada Allah. Then doc kata kalau ada rezeki bersalin 14sept cantik dah tuh sebab genap 38weeks. hihi. Alhamdulilah baby sihat. Doc puji jantung baby cantik & semua okay cuma aku kena lebih minum air masak. Baby dah masuk laluan dan ukuran kepala baby sama dengan 38weeks. Agak besar. Doc kata ikot ayah dia. hahaha Syukur tadi mummy dapat tgk tgn,hidung & mata baby. Baby dah penuh dalam perut mummy. Baby tdo kot tadi. Mummy love u baby. Tak sabar nak jumpa. Alhamdulilah nama pon dah decide & tadi doc confirmkan lagi sekali jantina baby. InshaAllah boy. *Alhamdulilah*
Now dah start sakit kat pinggang. Lebih kuat dari sebelum neh. Perut rasa memulas cam nak berak tapi toilet xde pape. Paha rasa cam tarik.cam nak cramp tapi xcramp. Sakit taw :'( pepet pon sakit. Tdo okay awal tapi nnti dalam pukul 3pagi ke atas akan terjaga. Kerap ke toilet. Semua serba xkena. Selera makan makin kurang. Kaki bengkak tapi tak sakit. Alhamdulilah masih larat ke opis lagi tapi hubby drive. Fuh...rasanya neh bru mild contraction /Broxton hicks/ false alarm. Kalau yang real tak tahu camner.
Semoga dipermudahkan urusan bersalin & mummy dapat bersalin normal. Aamiin :)
Wednesday, 21 August 2013
WHISHLIST
Okay. Aku tahu kedengaran agak cam tak patut aku beli romper neh tapi serious color dia sangat comel dan aku terfikir baby still takde baju untuk majlis aqiqah nanti. InshaAllah majlis akan berlangsung 7hari selepas kelahirannya. Masih dalam perancangan tapi rasa ada baiknya aku prepare awal-awal. Kebetulan hubby pon ada baju color hijau. Even tak sama stil adik beradik hijau gaklah. Kalau bagitahu hubby confirm dia tak kasi beli dengan harga camtuh. Oh,please...can't take my eyes off of you
Price : RM 125.00
Size dari newborn - 18month
Patut or tak patut? hurm...
masam masam manis ketika preggy
1.Sakit pinggang
Semakin hari rasa pinggang semakin sakit dan cam nak patah. hahaha. okay itu over tapi serious sakit pinggang
2.Sembelit
Alhamdulilah masalah sembelit dah kurang. Bila teringat time 2nd trimester lagi2 bulan puasa yang sembelit teruk tuh memang tak sanggup nak lalui lagi
3.Muntah
sekarang ada time dah start muntah balik. Sehari kalau tak muntah tak sah tapi baru lagi. Tak tahulah sbb penat sangat or angin ke. Nak urut tukang urut asik busy je. sigh~
4.Korek hidung
sejak preggy ada tabiat suka korek hidung. hahaha. Serious mesti ada yang geli kan? Tapi ak jadi suka nak korek hidung. Ish,xsenonoh betul ! erkk~
5.Rajin make up & bergaya
Jujurnya aku bukan jenis bermake up. Pakai bedak pon malas. Lepas pakai toner & moisturiser aku terus pakai tudung g kerja. *budget2 natural beauty.hahaha*. Awal2 alahan agak teruk so muka mmg cam hampeh gaklah tapi msk 2nd trimester jadi suka sangat make up. Hari-hari nak make up & bergaya. Mak pon perasan & gelakkan aku. hahaha. Hubby mestilah suka sbb aku xdelah nampak lesu je. Macam-macam kan?
6.Terasa tulang temulang baby
Aku tak tak tahu aku yang over ke apa tapi jujur bila baby gerak dapat rasa tulang temulangnya. Alhamdulilah baby aktif. Sekarang bila dia bergerak aku kadang2 terjerit & muka berkerut-kerut menahan. Ada kadang2 sampai rasa tisu terkoyak. Pedih kat dalam. Susah nak terang tapi memang terasalah. Besarnya pengorbanan ibu. Harap anak menjadi anak yang soleh ya. Aamiin :)
Rasanya ada lagi macam2 pengalaman preggy yang masam masam manis. kalau igt aku akan update lagi ya :P
Tuesday, 20 August 2013
Chaiyok2 mummy!another 6weeks to go~
Hari neh ada check up kat hospital pakar al islam kg baru. Agak frust sbb xdpt buat appointment dgn Dr.Rosilawati. Td dapat scan baby pon kejap je. Just 2D scan. Alhamdulilah semua okay. Kepala baby kt bawah. Berat 2.6kg. Ya Allah trkejut sangat. Ingatkan baby berat bwh 2kg tup tup agak besar juga. Yela..org selalu igt perut kecik baby kecik and biasalah ada yang negatif boleh kata aku diet. Giler ke? Aku tak dietlah. Motif sangat. Tapi aku jaga permakanan. Makan makanan berkhasiat. Bukan manis berlemak. Lagi pon dh badan aku camneh kan? Alhamdulilah aku bersyukur sangat.
Mummy klu boleh nak bersalin nnti berat awak 2.5kg je tp baru 34weeks dh 2.6kg? Berdebar2 la. Harap sangat berat baby tak lebih 3kg. Tak faham btl mak2 yg bangga sangat anak dia berat time baru keluar. Klu pandai meneran takpelah. Kang banyak koyak kat situ. Euwww...seram okay. Lagi2 bila kena gunting.
Yang penting skrg mummy dan baby sihat. Syukur Ya Allah. Tak sbr nak jumpa baby. Skrg masih aktif berjalan tapi kaki cepat lenguh dan kadang2 cramp. Sakit blkg yang paling tak tahan. Orang kata nk bersalin anak lelaki neh tenaga kena extra sikit. InshaAllah lps neh aku akan rajin buat exercise untuk kekalkan stamina. Chaiyok2 mummy! ♥
Friday, 16 August 2013
checklist barang mummy & baby ke hospital
Salam semua, hari neh nak update checklist barang2 keperluan mummy & baby ke hospital. Barang baby dah siap pack tapi barang mummy satu pon belum. Hubby dah membebel. hihi. So, ada search beberapa checklist untuk memudahkan aku. Thanks Mr. Google ~
Barang baby
Barang mummy
Barang baby
- Baju baby (3pasang)
- Mittens n booties (3 set)
- Topi (2 helai)
- Towel (1 helai)
- Towel muka (3 helai)
- Selimut (1 helai)
- Bedung (1 helai)
- Napkin (4 helai)
- Pin napkin
- Diapers (5 keping/ lebih)
- Barut (4 helai)
- Set mandian bayi
- Baby wipes
- Nappy cream
- Minyak yu yee/ minyak telon
- Changing mat
- Cotton ball
Barang mummy
- Kad lawatan hospital/Buku merah
- IC/Kad nikah
- Handphone/charger
- Kain batik (3 helai)
- T-shirt/ baju nursing (2 helai)
- Tudung express
- Stoking (2 pasang)
- Towel (1 helai)
- Sweater
- Set mandian(berus gigi,ubat gigi,sabun mandi,shampoo,sikat,deodarant)
- Getah rambut
- Pelembap bibir
- Tisu
- Selipar
- Maternity pad (1 pack)
- Panties (disposable lagi better)
- Nursing bra
- Nursing cream
- Breast pad
- Yassin
- Laundry bag
- Kamera & charger (Untuk tangkap gambar baby banyak- banyak)
Makanan
- Minuman/ makanan segera-Holick/Milo/Biskut/Kurma/Nestum
- Air zam zam/ selusuh
- Thermos air panas
Thursday, 15 August 2013
Beratku dari awal kehamilan hingga 33weeks
Saje nak update perkembangan berat aku sepanjang hamil sampai minngu ke-33 neh :-
13 Feb 2013 51.4
13 Mac 2013 49.5
16 April 2013 49.7
22 Mei 2013 52.4
19 Jun 2013 53.4
01 Ogos 2013 54
12 Ogos 2013 55.8
Rasanya tak banyak sangat beza kan? hihi Yang naik pon maybe berat baby. Mak aku kata muka & badan aku xcam orang pregnant pon. Perut je nampak membulat. hihihi Tapi alhamdulilah aku lega bila setiap kali check up semua okay. Itu yang penting. Mummy & baby sihat. Berat bukan ukuran seseorang itu sihat okay!
Gambar raya ke-4. Siapa sangka aku pregnant 8bulan lebih ;)
Thanks baby sebab awak ramai puji mummy makin berseri-seri. Sebab awak setakat neh mummy alhamdulilah takde lagi stretchmarks, takde bengkak kaki, muka xsembab, masih aktif kesana kemari & yang best sebab awak mummy jadi rajin nak makan makanan berkhasiat. Moga awak & mummy sihat sentiasa. Aamiin. Lagi sebulan lebih je nak jumpa. Mummy cant wait!!!
Wednesday, 14 August 2013
nama terindah buat anak
Assalamualaikum...rindu nak berblogger. Rs cam lama pulak tak update.hihi. Alhamdulilah hari neh aku dh masuk 33weeks 4days. So far check up semua okay. Berat pon bertambah dari 54kg ke 55.8kg. Hihi. Serious perut dh nmpk besar. Bulat comel. Tegang smpi nmpk urat Kahkahkah Adoi. Perut dah nmpk turun sikit tapi belum engage lagi. Rindu nak tgk baby. InshaAllah next week mummy and daddy g scan ya sayang.muaahx!*cium baby*
Patutnya skrg kami dh ada beberapa list nama baby tp serious blur sgt bab2 nama anak neh. Mmg xde idea. Bg aku neh tanggungjawab yang amat besar dan berat. Nama tuh doa untuk anak kita. Dia akan bawa nama tuh sepanjang hayat dia dan aku nk dia suka akan nama dia. Aku sendiri amat suka nama aku dan maksud dia. Setakat neh aku suka kalau nama anak bermula dari huruf 'R'. InshaAllah baby, mummy akan cuba cari nama dan maksud yang baik buat kamu ya. Harap sangat dapat jumpa yang sesuai dan kamu sukakanya.
Seeloknya nama lelaki di depan letak Muhammad tapi rasa cam nak letak Adam kat nama depan baby. Kalau ada yang ada cadangan nama yang agak moden, sedap dan paling penting membawa maksud yang baik bolehlah share.
Thursday, 1 August 2013
Mom & Baby Expo (12-14 July 2013)
Salam semua...mcm biasalah aku & hubby klu dengar sal expo agak excited sikit. Yelah...dengan harga yg berpatutan dan senang kita nak cari semua barang dlm satu tempat. Mula-mula xplan pon nk pergi sebab ikotkn alhamdulilah brg baby yg penting2 semua dh ada tp aku try gak pujuk hubby untuk cari brg aku cam breast pump, breast pad and maternity pillow.
So, hubby pon cam bg +ve feedback tp yg lawaknya kami xpergi hari yang dijanjikan,Sabtu. Pergi hari Ahad. Siap hari Sabtu tuh aku merajuk lagi. Semalamnya kemain ajak, alih2 dia boleh bantai tido seharian. Sape xsakit hati! hehehe. Alhamdulilah even xbeli byk brg tapi puas hati sebab aku dh dapat breast pump dengan harga berbaloi siap pakej lg dengan brg yang aku cari.
Time pergi tuh aku buatlah list sikit nak beli apa. Takdelah banyak pon.
- Breast Pump Medela Swing
- Nipple cream Medela purelan 100
- Breast pads brand pigeon(byk review suggestkn brand neh)
- Breast milk storage-xtahu nk beli bottle or plastik(time tuh target brand auntum sbb murah)
- Maternity/nursing pillow
- Pampers
- Napkin & Nappy liner
- baju 2 3 helai (dengan harapan B kasi :P)
- clothes detergent-Pureen
Pergi-pergi je blur tak tahu nak terjah mana dulu. Dalam kepala asik teringat breast pads & breast pump. Kebetulan kami dah lalu depan Pigeon teruslah aku ke bahagian breast pads sekali terperasanlah pulak dia buat promo tuk set breast pump. Time tuh aku dah berbelah bahagi. Memang nak sangat brand Medela tapi set neh cam berbaloi. Lama juga fikir. Last-last kami decide nak jalan-jalan dulu. Agak sesak jugalah even kami dah sampai sana dalam pukul 11lbh. Ingatkan hari ahad dh kurang orang. Survey2 sampailah ke booth Medela. Terkejut juga time tuh sebab harga promo dia RM699 if xsilap. Untuk breast pump shj okay. Sigh~ Lepastuh ushya barang2 lain pulak.
Booth Pureen kami singgah untuk beli clothes detergent.Beli yang jenis Anti Bacterial Liquid Detergent with Softener. Then terperasan pulak Liquid Cleanser(untuk cuci botol susu). Rasa cam penting je so kami pon beli jelah. Ada tiga flavour- No flavour,Orange & Mint. Tak ingat aku beli yang mana. hehehe. Pastu terperasan pulak maternity pads. Rasa cam penting juga. So, amik satu pek. hehehe. Then sempat pujuk hubby tuk beli baju baby. Hubby pon bg green light. So, dapatlah 2helai. hihi
Jalan-jalan lagi sampai terjumpa booth Diapex. Aku sebenarnya tak abis study lagi nak beli diapers apa untuk baby nanti. Dalam kepala dah set nak beli Mamypoko tapi ramai cakap mahal. Hubby kata try jelah mana tahu baby sesuai. So, kami beli 2pek Diapex Premium(konon2 kualiti hampir sama dgn mamy poko) size S. Dia xde untuk newborn. Lepastuh ternampak pulak maternity pads brand Intimate. Nak sample dah habis. So, ak beli jelah kebetulan berkenan sebab dia ada tali. Pernah terbaca kat mana ntah diorg kata kalau lps bersalin selalunya kita tak pakai underwear or kalau pakai pon yang jenis buruk & nak buang. Rasanya ada tali neh cam berguna je. Try jela :P
Booth Fiffy ada singgah juga untuk beli napkin & nappy liner. Hubby xbagi beli napkin. Dia tanya untuk apa. Aku jawablah bedung baby. Hehehe. Satu pek ada sepuluh tak silap. Ingat nak beli sikit je sebab nanti nak beli yang brand Anakku punya. Comel. Gambar mickey mouse tapi time tuh hubby pon cam dah bad mood malas aku nak pk. Main amik je yang kosong. Nappy linear pon dia cam xbg juga tapi aku yakinkan dia yang baby kadang2 poo poo sikit je so rugi kalau pakai kejap nak buang. Kalau letak nappy liner neh jimatlah sikit. Then aku curi2 beli mittens & booties baby :P
Dah puas jalan-jalan kami patah balik ke booth Pigeon & terus beli set promo tuh. Harga asal RM399 tp dia buat promo RM285 include :

- Portable Breast Pump
- Wide-neck breast milk storage bottle(4pcs/set)
- Hand & mouth wipes (60's X 2)
- Nipple care cream,50g
- Breast pads (36pcs)
Berbaloi kan? Berbaloi sebab aku takyah beli breast milk storage lg.even 4pcs je kira okaylah tuh kot. Dapat pulak nipple cream & breast pads. Memang berbaloi. Hihihi. Cuma ada tambahan beli baby wipes untuk newborn and baju baby satu. wink ! wink ! ;)
so, conclusion apa aku dah beli mengikut list or tak moh la kita check :
Breast Pump Medela Swing-Brand pigeonNipple cream Medela purelan 100-dapat freeBreast pads brand pigeon(byk review suggestkn brand neh) -dapat freeBreast milk storage-xtahu nk beli bottle or plastik(time tuh target brand auntum sbb murah)-dapat free- Maternity/nursing pillow
Pampers-diapex premium size sNapkin & Nappy linerbaju 2 3 helai(dengan harapan B kasi :P)clothes detergent-Pureen
Tambahan
- Liquid cleanser -Pureen
- Maternity pads - Pureen & Intimate
- Baby wipes -Pigeon
- Mittens & booties -Fiffy
Alhamdulilah syukur settle dah. Tinggal barang mandian,losyen & set berpantang aku je.
Thursday, 18 July 2013
[Tips bayi] Penjagaan Tunggul tali Pusat
Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.
Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Langkah-langkah penjagaan :
1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang
2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.
3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.
4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.
5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.
6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.
7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.
8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.
9. Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.
Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Demam panas
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
(* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.)
sumber : Pa & Ma
Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Langkah-langkah penjagaan :
1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang
2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.
3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.
4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.
5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.
6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.
7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.
8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.
9. Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.
Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Demam panas
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
(* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.)
sumber : Pa & Ma
Petua Mudah Tambah Susu
Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan
Wednesday, 17 July 2013
Elak Berat Berlebihan Ketika Hamil
Semasa mengandung, bakal ibu cenderung untuk mengalami pertambahan berat badan yang banyak. Biarpun pertambahan berat badan adalah normal tetapi jangan sampai ia melebihi yang sepatutnya dianjurkan kepada ibu hamil.
Selera makan bakal ibu memang sukar dijangkakan. Jika anda seorang yang langsung tidak mengalami morning sickness serta berselera makan apa sahaja, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan menambah berat yang banyak.
Berat badan yang berlebihan turut boleh menyebabkan pelbagai risiko komplikasi kepada ibu dan bayi. Sebagai panduan, ikuti tip bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil
1. Jangan makan untuk dua orang
Anda tidak perlu menggandakan kalori makanan. Elakkan makanan yang kaya dengan lemak tepu. Sama juga dengan makanan ringan yang kaya dengan sodium dan lemak. Garam menakung air yang akan menambah lebih banyak berat badan.
2. Makan secara sihat
Ambil makanan yang kaya dengan vitamin, kalsium, asid folik, besi mineral penting lain. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari. Elakkan minuman berperisa dan soda kerana ia hanya menambah kalori dan bukannya nutrien yang sepatutnya.
3. Sediakan makanan sendiri
Itulah yang sebaik-baiknya. Masak makanan dengan cara membakar dan memanggang. Elakkan daripada menggoreng kerana ia menambah lemak pada makanan. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak zaitun.
4. Lakukan senaman khas untuk kehamilan
Senaman ketika hamil memang digalakkan. Ia mampu memejalkan susuk tubuh, memperbaiki postur dan menguatkan otot pelvik tanpa memudaratkan bayi. Untuk itu, senaman melibatkan aktiviti berjalan dan berenang amat digalakkan.
5. Makan suplemen
Suplemen membantu anda melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu seharian. Namun, dapatkan nasihat doctor untuk mengambil apa-apa suplemen sewaktu hamil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Tuesday, 16 July 2013
dugaan
Salam....hari neh agak frust sgt sbb terawih xbuat2 lg . Puasa pon arineh berlubang. Pg td lps sahur sakit perut memulas & sembelit. Lama juga aku kt toilet tuh. Dari lps solat subuh smpi la nk dkt2 kul 730pg. Sigh~ Last2 aku buka puasa and minum air satu botol. Lega coz xlama tuh dptlah melepaskn hajat. Huihuihi. Sorry ya xsenonoh sikit.
Aku agak pelik juga npe sembelit. Aku mkn kurma. Minum byk air dan mkn buah buahan tp masih dpt dugaan cmneh. Dulu b4 preggy mudah je. Tiap2 pg aku membuang dgn mudah.
Satu lg aku skrg selalu pedih ulu hati. Sakit sgt xtaw nk ckp cmner. Sob sob sob
Tido dari awal preggy aku dah ada mslh susah tdo. Maybe Allah nk aku bersedia mental & fizikal. Bukan mudah nk jadi seorang ibu.
Sepanjang puasa juga dlm sehari mesti aku akan muntah tp xbyklah. Badan byk angin kot :'( Alhamdulilah baby makin aktif smpi aku tdo pon hubby citer dia pegang perut dpt rs baby gerak :) Mummy & daddy love you sayang. Kami tengah fikirkan nama yang baik buat kamu. Harap dapat decide secepat mungkin.
Sepanjang puasa juga dlm sehari mesti aku akan muntah tp xbyklah. Badan byk angin kot :'( Alhamdulilah baby makin aktif smpi aku tdo pon hubby citer dia pegang perut dpt rs baby gerak :) Mummy & daddy love you sayang. Kami tengah fikirkan nama yang baik buat kamu. Harap dapat decide secepat mungkin.
Apa2 pon jumaat neh nk blk kg sbb mak nk buat doa selamat dan berurut dgn mak bidan. Harap semua berjalan lancar. Aamiin
Monday, 15 July 2013
baby checklist
Baby clothes
tops
pants
rompers
sleeping suits
mittens
booties/socks
hats + caps
binder(barut) -mil tlg buatkan (consider done)
jacket/cardigan
recieving blankets(bedung) -mil tlg buatkan (consider done)
baby shoes
laundry basket
Feeding
bottles
teats/nipples
breast pumps
breast milk storage
bibs
bottle brush
detergent (bottle cleaner safe for infant)
food warmer/bottle warmer
steriliser
drying rack (to dry bottles)
teether
breast pads
nipple protector X
nursing pillow
bottle label
burp cloth/small towel
breast feeding cover
Bath & body care
Baby wipes
towels
bath tubbath net/sponge (to supposrt baby in the tub)
body wash/shampoo
nail grooming set
minyak telon
lotion / organic virgin coconut oil (good alternative to lotion..less chemicals)
cotton bud
cotton/cotton balls (to clean baby)
cornstarch powder (safe to use for babies, unlike normal powder that has talc in it) X
nappy
nappy liners
changing mat
clothes detergent (infant safe)
nasal spray / aspirator (incase baby has a nose block)
hair grooming set
baby box (something like a tool box to put all the body care -easy for travelling/better way to organise) -kak uyaa hadiahkan (consider done) *brg smpi bulan 9*
Bedding & nursery
Baby cot X
playpen
changing table (good to avoid backache) X
mattress
mattress protector
baby pillows
bed sheet
blanket
baby cupboard
night light
baby monitor
X= xperlu
booties/socks
hats + caps
binder(barut) -mil tlg buatkan (consider done)
jacket/cardigan
recieving blankets(bedung) -mil tlg buatkan (consider done)
baby shoes
Feeding
teats/nipples
breast pumps
breast milk storage
bibs
food warmer/bottle warmer
steriliser
drying rack (to dry bottles)
teether
nipple protector X
nursing pillow
bottle label
breast feeding cover
Bath & body care
towels
bath tub
body wash/shampoo
minyak telon
lotion / organic virgin coconut oil (good alternative to lotion..less chemicals)
cotton/cotton balls (to clean baby)
cornstarch powder (safe to use for babies, unlike normal powder that has talc in it) X
nappy liners
clothes detergent (infant safe)
nasal spray / aspirator (incase baby has a nose block)
baby box (something like a tool box to put all the body care -easy for travelling/better way to organise) -kak uyaa hadiahkan (consider done) *brg smpi bulan 9*
Bedding & nursery
Baby cot X
changing table (good to avoid backache) X
mattress protector
blanket
baby cupboard
baby monitor
X= xperlu
Saturday, 13 July 2013
3D / 4D scan Klinik Fauziah, Ampang
Assalamualaikum...petang semalam aku wat appointment scan 3D/4D tuk tahu gender baby. Alhamdulilah jantina dh confirm =) Memang nampak dengan jelas kali neh. Tapi kelakar hubby still tanya xakan berubah dah kan jantina dia? hehehe.
Appointment pukul 5ptg. Kami mmg sampai on time. Keluar dari opis around 3.40pm. Sempat ke maybank dulu bank in cek client & amik adik hubby kt LRT Ampang lps tuh terus bergegas ke klinik. Tapi agak blur jugalah mulanya. Sampai2 aku bagi tahu ada appointment utk scan then dia tanya nama lps tuh terus suruh kami tgg dulu. Hampir setengah jam jugaklah kami tunggu baru sampai turn kami. Haish. Mula2 baby riang riang tendang tendang time masuk dia dh tdo pulak. Dahla 3x juga aku ke toilet before tuh. huhuhu. Serious mmg baru tdo sbb puas kami kejut dia xmo bangun siap menguap besar2 lagi. hihihi. Noty anak mummy daddy neh. Tdo xmo ganas pulak kan. Memang niat utama pegi nak tgk jantina baby. Sekali btl2 dia angkat dua2 kaki ke muka. Memang jelas lah kami nmpk jantina cuma sayang agak susah nk capture gambar baby. Aloh...frust mummy :(
Mula-mula scan nmpk muka baby dan Jezlyn siap puji comel lah baby kamu. hehe. Alhamdulilah. Kembang kejap mummy. werk! =P Air ketuban okay.Uri kat atas. Jantung baby okay. Berat okay. Gender dh confirm.*alhamdulilah* Kedudukan baby kat bawah tapi belum engage. Jezlyn kata jangan risau dia masih boleh pusing lagi.huhu. Mula-mula agak risau tapi bila dah tanya pendapat kawan2 dkt group & siil diorang kata tak perlu risau kalau dia xengage lg coz klu engage awal ada risiko baby lahir pra matang or last minute dia akan melintang and susah nk engage blk . Yela..ruang dah makin sempit & risiko nak czer time tuh tinggi. Cam sil I pon jenis engage awal then nk dkt due baby melintang dan trpaksa czer. Harap2 di jauhkan. Moga aku dapat bersalin normal. Dah pesan dgn baby engage 35weeks ke atas then terus bersalin. Hihi. Klu engage awal susahlah mummy nk aktif. Harap2 baby dgr kata la :P
Hah,lagi satu.Patutlah baby aku aktif sangat. Boy rupanya. Memang kebanyakkan baby boy dia akan lebih aktif dari girl . Siang malam dia aktif. Alhamdulilah. Dan xsangka instinct aku yang baby neh baby boy btl . Aku try search dulu tanda2 baby kita baby boy or girl and kebanyakkan berpihak kepada boy. Maknanya Allah dah bagi sign kt hubby time awal2 preggy hubby mimpi kami dapat baby boy & aku pon pernah bermimpi dah bersalin dan baby aku dibedung dengan kain biru*biru for boy la kan? hehehe*.Syukur Ya Allah. Semoga anakku menjadi anak yang soleh,beriman & bertaqwa yang dapat mengimam & membimbing adik-adik dia ke syurga serta mendoakan aku & hubby bila kami tiada kelak.Aamin100x. Juga tak lupa moga mudah urusan aku mengandung dan melahirkan anak ini secara normal. Harap-harap juga koyak & jahitan kat bahgian tuh tak banyak.Aamiin100x ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)






















