Wednesday 4 September 2013

dobi mendobi & persiapan ke hospital

Lama tak update blog. Banyak juga yang aku lupa. Adoi..sayangnya kalau semua tak dapat di catat di sini. baik buruk gembira sedih kalau boleh aku nak taip semua dalam blog. Aku takmo lupa semua kenangan tuh. Hari neh ada sedikit masa aku curi2 untuk update sal dobi mendobi


32weeks-dobi mendobi

kalau tak silap seminggu before raya kami sibuk mendobi pakaian baby. hehe. Orang lain sibuk buat persiapan raya kau sibuk mendobi ya Pn.Fatin. best sangat sebab hubby tolong cucikan baju baby. Aku & adik bongsu tukang jemur. hahaha. Air tangan daddy tuh baby baju-baju awak nak pakai nnti. 



kebetulan kami baru pindah masuk ke rumah sewa. jadi dobi kat umah kami la :) Guna tangan je sebab mesin basuh xde lagi.



17ogos-majlis solat hajat dan doa selamat

Then seminggu lepas raya kami buat doa selamat & kenduri kecil-kecilan. Jemput family,saudara mara,rakan2 yang rapat & terdekat serta orang surau. Buat solat hajat sekali. Sempena masuk rumah baru. Malam tuh baru pertama kali kami tido di rumah sendiri. Tdo atas toto. hehehe. Malam yang takkan dilupakan. Seronok juga <3


3sept-packing beg mummy !

Actually barang baby dah lama packing. Lupa pulak bila tp semalam lepas rasa sakit-sakit & instinct konon akan bersalin awal jadi ku gagahi jua packing beg aku. Puas hubby bebel,dh sakit baru reti bahasa :P hehehe



4sept-baby dah matang
Actually aku kurang faham apa maksud doc baby dh matang tapi agak sengal sebab xtanya. Bagi tahu dengan doc harap2 baby keluar 14hb. Then doc kata inshaAllah,berdoa mohon pada Allah. Then doc kata kalau ada rezeki bersalin 14sept cantik dah tuh sebab genap 38weeks. hihi. Alhamdulilah baby sihat. Doc puji jantung baby cantik & semua okay cuma aku kena lebih minum air masak. Baby dah masuk laluan dan ukuran kepala baby sama dengan 38weeks. Agak besar. Doc kata ikot ayah dia. hahaha Syukur tadi mummy dapat tgk tgn,hidung & mata baby. Baby dah penuh dalam perut mummy. Baby tdo kot tadi. Mummy love u baby. Tak sabar nak jumpa. Alhamdulilah nama pon dah decide & tadi doc confirmkan lagi sekali jantina baby. InshaAllah boy. *Alhamdulilah*


Now dah start sakit kat pinggang. Lebih kuat dari sebelum neh. Perut rasa memulas cam nak berak tapi toilet xde pape. Paha rasa cam tarik.cam nak cramp tapi xcramp. Sakit taw :'( pepet pon sakit. Tdo okay awal tapi nnti dalam pukul 3pagi ke atas akan terjaga. Kerap ke toilet. Semua serba xkena. Selera makan makin kurang.  Kaki bengkak tapi tak sakit. Alhamdulilah masih larat ke opis lagi tapi hubby drive. Fuh...rasanya neh bru mild contraction /Broxton hicks/ false alarm.  Kalau yang real tak tahu camner. 

Semoga dipermudahkan urusan bersalin & mummy dapat bersalin normal. Aamiin :)